Public Dana Ittikal ( P Ittikal ) merupakan salah satu dana
pelaburan islamik unit trust yang menjadi kegemaran para pelabur unit trust
Public Mutual. Kenapa ya? Salah satu sebabnya ialah dana unit trust ini telah
lama berada di di pasaran sejak tahun 1997 lagi. Jadi banyak sejarah yang kita
boleh kaji berkenaan dana ini.
Untung ke melabur dalam Public Dana Ittikal ( P Ittikal )?
Macam mana nak buat kajian tentang dana unit trust ini?
Ok, kita tengok dari di mana dana Public Dana Ittikal ( P
Ittikal ) di laburkan.
Pelaburan dana ini di dalam Telekon Malaysia dan Tenaga
Nasional. Syarikat hebat ni di Negara kita, jadi pelaburan dana ini di galakkan
sebab ini ialah syarikat multinasional Negara Malaysia. Kami berpendapatan,
syarikat-syarikat ini akan untung setiap tahun.
Tetapi, sejarah lampau tidak menjamin keuntungan masa hadapan,
kena ingat ni ya. Jadi, kita tidak boleh bergantung harap sangat dengan sejarah
lama-lama sesuatu dana sebab keadaan akan berubah. Keadaan yang kami maksudkan
ialah keadaan ekonomi, politik dan sebagainya kini tidak sama macam dulu.
Jadi, carilah ejen unit trust yang berilmu dan tanyalah
sebanyak mungkin soalan kepadanya.
Jika, anda mahukan lagi banyak info unit trust, anda boleh
baca ebook Rahsia Unit Trust yang di tulis oleh bekas ejen unit trust yang
berpengalaman.
Bagaimana pula dengan sejarah keuntungan Public Dana Ittikal
( P Ittikal ) ni. Sila tengok rajah di bawah untuk mengetahui keuntungan dana
ini:
Merujuk kepada rajah di atas, keuntungan paling tinggi pada
tahun 2007 dan kerugian tertinggi di catatkan pada tahun 2009. Jika, kita ambil
purata, dana ini masih menguntungkan dan boleh di laburkan jika masih ada unit
yang belum terjual.
Jadi sebelum melabur dalam mana-mana unit trust public
mutual atai cimb, seeloknya anda tahu serba sedikit tentang asas pelaburan unit
trust di Malaysia.
0 Komen:
Post a Comment
Masih keliru? Saya sedia menjawab kekeliruan anda. Sila tinggalkan pesanan di ruang komen.