Investment unit trust

Posted by

Investment di dalam unit trust ni sama ada Public Mutual atau CIMB sudah menjadi trend sekarang di Malaysia. Memang tidak boleh lari, apabila anda telah bekerja setahun dua, anda akan di datangi oleh ejen unit trust ni sebab ejen unit trust ( UTC ) ada di mana-mana sahaja kerana untuk menjadi ejen unit trust sangat mudah.

Tetapi anda mesti merupakan pemegang diploma dalam apa-apa bidang sahaja, anda sudah boleh mohon untuk menjadi ejen unit trust di Malaysia untuk menjual produk-produk unit trust dan insurans, Peluang pendapatan sebagai ejen unit trust ni sangat besar dengan pendapatan tanpa had sebab investment unit trust menjadi salah satu pilihan sekarang ini.




Bukan di jamin untung melabur dalam unit trust kerana untung masa lalu tidak menjamin keuntungan masa hadapan. Ini adalah prinsip unit trust di dalam melakukan pemilihan dana-dana unit trust untuk di beli. Ejen unit trust tidak boleh berkata bahawa setiap pelabur unit trust akan untung setiap tahun kerana ada tahun-tahun juga di mana unit trust akan rugi. Pengiraan purata keuntungan dan kerugian adalah sesuai yang adil untuk mendapat gambaran pendapatan dalam unit trust untuk pelabur yang membuat investment dalam unit trust.

pelaburan unit amanah


Seperti yang saya bagitahu tadi, hendak jadi ejen unit trust sangat mudah:

Tip investment unit trust 

1. Mesti ada diploma
2. Memohon untuk menjadi ejen dengan mana-mana agensi unit trust di mana-mana cawangan
3. Yuran sebanyak lebih kurang rm300 untuk kelas dan exam unit trust
4. Hadiri kelas belajar tentang unit trust
5. Ambil exam
6. Lulus, dapat kad sebagai pengesahan boleh menjual dana unit trust.

Proses untuk menjadi ejen unit trust boleh siap dalam masa 2 bulan.

Jadi, menjadi ejen unit trust adalah sesuatu yang boleh di cuba secara part time atau full time. Pada permulaannya, boleh di lakukan secara part time dulu. Jika dana yang terjual sudah banyak, bolehlah beralih ke full time ejen unit trust.

Investment unit trust boleh di pertimbangkan di dalam pelaburan anda sebagai salah satu pelaburan jangka masa panjang iaitu lebih dari 3 tahun. Anda boleh gunaka duit KWSP untuk membuat pelaburan unit trust ataupun boleh juga gunaka duit tunai. Tetapi anda kena semak dulu caj unit trust yang di kenakan.


Blog, Updated at: February 15, 2016

0 Komen:

Post a Comment

Masih keliru? Saya sedia menjawab kekeliruan anda. Sila tinggalkan pesanan di ruang komen.