Unit Trust Vs ASB. Ramai juga yang masih
tertanya-tanya, kalau melabur mana lagi untung – melabur dalam unit trust ke
dalam ASB ( Amanah Saham Bumiputera ). Entri kali ini akan mengupas pelaburan
di dalam kedua-dua jenis pelaburan ini.
Unit trust memang terkenal di kalangan
pekerja-pekerja di negara kita kerana ejen unit trust ni ada di mana-mana. Ini
adalah salah satu factor di mana unit trust ni terus boleh menghampiri penduduk
di Malayisa tetapi berbaloikah melabur di dalam unit trust sebenarnya?
ASB pula sudah terbukti keberkesanannya di
dalam memberikan dividen yang tinggi sehingga 12% satu ketika dahulu. Sekarang
dividen ASN sekitar 7-8% sahaja tetapi di kira masih tinggi bila di fikirkan
factor-faktor yang lain.
Jadi, mana lagi berbaloi, dengan kata lain
yang mana lebih untung – melabur dalam unit trust ke melabur dalam ASB?
Memahami Unit Trust Dan ASB
Anda kena ingat, untuk melabur dalam unit
trust ni anda memerlukan wang yang banyak ( berbanding dengan ASB ) dan juga
terdapat yuran yang kena anda bayar setiap tahun. Lagi satu kecairan dana unit
trust ni lebih lemah berbanding dengan ASB.
Unit trust adalah satu pelaburan jangka
masa panjang ( melebihi 3 tahun ) di mana kalau anda hendak melabur dalam unit
trust dalam masa kurang 3 tahun, unit trust tidak sesuai untuk anda. Bagi ASB
pula, anda boleh buka akaun bila-bila di mana-mana sahaja ejen ASN berdaftar
seperti di Maybank, CIMB dan Pejabar Pos. ASB setiap tahun pasti ada keuntungannya.
Untuk menambah pelaburan dalam ASB, anda
hanya pergi ke ejen-ejen ASB tersebut dan mengisi satu boring untuk menambah
pelaburan dalam ASB – cukup senang. Tidak macam unit trust, lebih banyak boring
perlu di isi ( biasanya di isi oleh ejen unit trust, anda hanya tandatangan
sahaja ). Untuk menambah peburan mengguna wang tunai, bila-bila masa sahaja
boleh di buat tetapi kalau menggunakan duit kwsp, setaip 3 bulan sekali di
benarkan dengan pengiraan yang tertentu.
Dari segi risiko pula, ASB boleh di
katakan tiada risiko kehilangan wang
anda malah setakat ini keuntungan di berikan kepada anda setiap tahun. Cara
pengiraannya ialah, jumlahkan semua jumlah wang di akhir setaip bulan selama
setahun, dan bahagikan dengan 12 bulan. Nilai ini nanti akan di darabkan dengan
peratus dividen apabila di umumkan oleh PNB. PNB juga memberikan bonus k epada
pelabur ASB di mana lagi lama anda melabur, bonus anda akan lagi tinggi dengan
nilai pelaburan yang sama.
Unit trust anda akan menangung risiko yang
besar jika anda melabur dalam dana ekuiti di mana dalam dana ini, pulangan juga
tinggi ataupun kerugian juga tinggi, Sebab itulah risiko melabr dalam unit
trust dana ekuiti adalah tinggi. Jika hendak risiko rendah, melaburlah dalam
dana yang lain di mana pulangan dan risikonya rendah dan ini hanya sesuai untuk
golongan yang sudah berusia lanjut di mana mereka tidak berupaya menangung
risiko yang tinggi. Golongan muda biasanya di galakkan melabur dalam dana yang
agresif.
Itulah serba sedikit tentang unit trust dan
ASB di mana tidak adil bila di bandingkan antara kedua-dua jenis intrumen
pelaburan ini kerana kedua-dua berada dalam kategori yang berlainan.
0 Komen:
Post a Comment
Masih keliru? Saya sedia menjawab kekeliruan anda. Sila tinggalkan pesanan di ruang komen.