Peraturan 7 Saat

Posted by

Sekiranya ada orang berjumpa dengan kita dan menawarkan satu peluang pelaburan yang menggiurkan, seksi dan ghairah pulangannya pastikan dia dapat memberi kefahaman kepada kita dalam tempoh 7 saat.

7 saat.
Jika dia memerlukan lebih dari 7 saat untuk menerangkan apa yang syarikat tersebut buat, maka sila selamatkan dompet kalian dengan segera.
Jika dia meminta kita hadir ke sesi khas yang mana ada orang lain yang segak, lawa, bergaya menerangkan kepada kita tentang syarikat tersebut, sila selamatkan akaun bank kalian secepat mungkin.


Jika orang lain itu mula bercakap istilah boombastic yang perlukan kita buka kamus, Google search dan bertanyakan orang apakah maksud sebenarnya, sila pastikan pasangan kalian pekak badak supaya dia dapat menyelamatkan diri kalian sepantas boleh sebelum kita membuat pembiayaan peribadi, refinance rumah dan meminjam dengan along.
7 saat.


Blog, Updated at: February 04, 2016

1 Komen:

Masih keliru? Saya sedia menjawab kekeliruan anda. Sila tinggalkan pesanan di ruang komen.