Berita Harian : Syarikat amanah saham terbesar Malaysia umum agihab pendapatan

Posted by

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual Bhd, mengisytiharkan pengagihan pendapatan bagi dana simpanannya, Public Regular Savings Fund dan dana pertumbuhan agresifnya, Public Aggressive Growth Fund, bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2013.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Mutual berkata pengagihan bagi Public Regular Savings Fund dan Public Aggressive Growth Fund masing-masing sebanyak 5.0 sen seunit dan 2.50 sen seunit.
Kedua-dua dana itu terbuka bagi skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


Public Mutual berkata, strategi bagi dana simpanan ialah pertumbuhan modal yang konsisten dengan pertumbuhan pendapatan yang teguh bagi jangka sederhana dan panjang.




Katanya, dana pertumbuhan agresif bertujuan mencapai pertumbuhan modal yang tinggi dalam jangka sederhana dan panjang dengan melabur dalam saham-saham kegemaran semasa dan pertumbuhan tinggi.

Public Mutual, yang merupakan syarikat amanah saham swasta terbesar di Malaysia, kini menguruskan 90 dana.

Hingga Februari 2013, nilai aset bersih keseluruhan syarikat itu berjumlah RM54.8 bilion.
- BERNAMA


Blog, Updated at: February 04, 2016

0 Komen:

Post a Comment

Masih keliru? Saya sedia menjawab kekeliruan anda. Sila tinggalkan pesanan di ruang komen.