Tip melabur dalam unit trust

Posted by

Jika kita bercakap tentang tip melabur dalam unit trust, tiada satu tip pun yang lengkap. Unit trust ni mengenai pelaburang jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 3 tahun. Kalau anda tidak berniat hendak menyimpan dalam masa yang panjang, baik anda simpan dalam ASB sahaja untuk duit tunai. Unit trust investment sangat sesuai jika guna duit kwsp.

Kelebihan melabur dalam unit trust:

1. Anda boleh gunakan duit kwsp untuk melabur dalam unit trust. Dana mana yang anda hendak langgan, tak kisaahlah tetapi anda tidak perlu keluarkan duit untuk melabur ( dalam erti kata lain ). Cukup hanya gunakan sedikit duit daripada kwsp anda untuk di laburkan dalam unit trust. Tak semua dan bukan semua akaun kwsp yang terlibat. Ada pengiraannya mengikut umur anda. Sila tanya pada ejen unit trust anda. Kos melabur guna duit kwsp pun lebih murah jika berbanding dengan pelaburan unit trust guna cash.

unit trust investment


2. Terdapat juga dana islamik. Jika anda muslim, anda boleh melabur dalam unit trust islamik dan biasanya ramai yang melabur dalam unit amanah islamik ni. Dana-dana seperti P ittikal, PIDF dan PIOGF boleh anda pertimbangkan. Tanya ejen unit trust anda dana mana yang sesuai dengan risiko anda.

3. Melabur secara konsistan. Ejen unit trust kata jika melabur secara konsistant setiap bulan guna cash boleh dapat untung lebih. Iya ke? Saya tiada contoh dalam hal ini, mungkin juga benar. Mengikut pengiraan atas kertas dengan berdasarkan % keuntungan tertentu lebih baik juga. Jadi, sila gunakan kaedah ini.


4. Pelaburan sesuaikan dengan umur anda, dalam erti kata lain, tahap risiko pelaburan yang anda sanggup hadapi. Contoh, jika umur dah lanjut, laburlah wang anda dalam dana yang mempunyai risiko yang rendah. Tetapi risiko rendah, pulangannya juga rendah ya.

Itulah sedikit tip melabur dalam unit amanah. Semoga anda dapat pencerahan dalam pemilihan dana unit amanah anda.


Blog, Updated at: February 16, 2016

0 Komen:

Post a Comment

Masih keliru? Saya sedia menjawab kekeliruan anda. Sila tinggalkan pesanan di ruang komen.